(Antara luahan isi hati penagih-penagih yang pernah dirawat di JABAT SUFI)

 

" Semua orang ingin menjadi manusia yang sempurna, mempunyai keluarga yang bahagia, rumah dan kereta besar, disanjung masyarakat, duit banyak, tapi ...... kesilapan yang tidak kami inginkan telah terjadi, nak kembali bersama dan hidup bermasyarakat, masyarakat menyisihkan dan memandang serong, seolah-olah tiada ruang untuk kami berpijak di bumi ini, rupanya masyarakat di luar sana pun bermasalah juga.."

Bekas Penagih - Johor Bharu, 33 Tahun

 

 

Gian tak boleh tahan, kepala, badan semua sakit-sakit, rungsing, bingung, ubat mesti dicari, tapi duit tak ada....tak kira Melayu, India, Cina , pastinya yang ada duit, atau sebagai tukaran untuk dapatkan dadah aku rela menggadai maruahku, dah terpaksa, satu-satunya jalan untuk dapatkan ubat....Ya Allah.....ampunkan dosaku....aamin.

Penagih Perempuan - Batu Pahat Johor - 27 Tahun

 

 

Tiada siapa yang suka dihina, dicerca apatah lagi jika dianggap sebagai sampah masyarakat. Namun, itulah hakikat yang terpaksa aku telan dan aku tempuh, dah memang salah aku..........."

Bekas Penagih - Pulau Pinang - 35 Tahun

 

 

"Jangankan dadah, seboleh-bolehnya rokok pun aku tak nak hisap!" Buat apa bazir duit, Tapi dah jadi doktor suntik lengan sendiri, nak buat macamana? Rasa geli dan seronok melalui urat saraf, fikiran lapang, tak dapat dadah badan sakit-sakit dan lenguh semua sendi, kau tak pernah merasa gian bolehlah kata macam-macam...

Bekas Penagih Syabu - Sabah, 27 Tahun

 

 

Aku ponteng sekolah ketika dalam tingkatan tiga, hisap ganja, minum arak, aku kahwin umur 16 tahun, anak sorang, emak bapak aku menjaga cucunya, setahun kemudian aku bercerai, menjanda selama tujuh tahun dan besekedudukan dengan pengedar berbangsa Cina tak ubah macam suami isteri, bagi aku dadah tidak ada masalah dan cukup mewah, malang pasanganku masuk perangkap Polis, ibu bapaku yang menghantar ke mari diri hinggalah hari-hari terakhir aku dirawat disini...terima kasih Jabat Sufi.

Bekas Pengedar dan Penagih perempuan, Negeri Sembilan

 

 

Hang tau dak, tahun 67 aku mula makan candu, minum aghak, todi, tuak, ganja, mula kenai dadah masa tu depa bawak mai dari Vietnam, empat sagi macam batu bata, masa tu harga baghu 25 ringgit satu bungkai, geng-geng aku la ni dah ramai padam. Tok sah chong lah pasai makan dadah ni... aku puaih dah, cukuplah, apa pun aku tak gheti nak jadi apa, sembahyang aku tak tau, posa ada kot tujuh ka lapan haghi yang aku dok ingat, muju'lah tuhan kenaikan aku dengan Jabat Sufi, hang tau umu' aku berapa la ni? 60 tahun beb......dah nak mati dah........

Bekas veteran / hardcore penagih dadah. Pulau Pinang.

 

dan bermacam-macam lagi luahan mereka.........

 

...

 

Hakcipta Terpelihara © Jabat Sufi 2013
Interaksi anda dengan laman ini adalah tertakluk kepada penafian dan polisi yang dinyatakan.