Objektif Penubuhan

 

Rawatan dan pemulihan yang dijalankan adalah berdasarkan kajian dan penyelidikan yang berterusan dari segenap aspek dan sudut sama ada kaedah dan program di pusat-pusat serenti, persendirian, swasta, penjara, perubatan moden mahupun tradisional. Kajian juga merangkumi maklumat-maklumat yang diperolehi dari media massa, agensi kerajaan, masyarakat setempat termasuk penagih yang terlibat di luar atau dalam kawalan, lelaki dan perempuan, taraf kehidupan dan pendidikan akademik serta keagamaan, badan bukan kerajaan dan seluruh yang terbabit dalam menangani penyalahgunaan dadah. Justeru maka terhasillah JABAT SUFI yang menjadi pilihan utama dalam menangani, merawat dan memulihkan penagih.

Pengedaran dadah untuk tujuan kekayaan dan kemewahan bukanlah satu bentuk perniagaan, tetapi adalah satu jenayah dan penganiayaan kepada bangsa Malaysia (khususnya Melayu) dan perkara ini wajib dibanteras habis-habisan sebagaimana pembanterasan terhadap pengganas komunis, ajaran sesat dan apa saja yang menggugat keharmonian dan aqidah umat Islam pada tika dan saat ini.

 


Objektif

Ø Satu kewajipan Fardu Kifayah dalam merawat dan memulihkan penagih dadah yang berpaksikan kepada Iman, Islam dan Ehsan.
Ø Membebaskan rakyat Malaysia dari penyalahgunaan dadah.
Ø Sifar penyalahgunaan dadah.

 

Keutamaan Program Rawatan

Ø Menyahut seruan kerajaan dalam memerangi dadah habis-habisan.
Ø Memulihkan penagih tegar dan baru tidak mengira apa juga jenis ketagihan mereka sama ada opiat, canabinoit, pil khayal yang berbagai jenama termasuk tabiat buruk meminum minuman keras.
Ø Memberikan didikan, bimbingan dan kesedaran tidak mengira agama dan bangsa.

 

Taraf Ke Arah Pemulihan

Pendekatan dan taraf pemulihan adalah dengan menggabungkan kaedah rawatan Islam (Qouli, Fi'li dan Qalbi), rawatan tradisional dan moden yang menjadi amalan turun temurun bagi mereka yang menganut agama Islam. Tanpa pendekatan yang mencerminkan cara fikir dan budaya Islam, adalah amat sukar untuk memulih dan membimbing penagih-penagih agar tidak terus terhimpit oleh cengkaman dadah yang berterusan seolah-olah tiada penghujung dan noktahnya.

Setiap yang ada keluhuran pada insan kamil, hanya terdapat dalam agama Islam yang tidak boleh tidak (wajib) membudayakan Islam dalam segenap aspek ruanglikup kehidupan yang Allah amanahkan melalui junjungan besar Nabi Muhammad S.AW.

 

Penghalang Ke Arah Pemulihan

Empat masalah utama yang dikenalpasti menjadi penghalang dalam proses pemulihan dan penagihan dadah iaitu :-

Ø Penghinaan dan kutukan. Salah satu penyumbang terbesar mengapa penyalahgunaan dadah berterusan dan terus menerus berlaku ialah apabila berlakunya penghinaan, kutukan yang berterusan dari segenap lapisan masyarakat, sama ada penghinaan dari golongan pemimpin, profesional, ulama, masyarakat sekeliling dan individu. Boleh dikatakan keseluruhan masyarakat mengkritik, mencemuh, melemparkan kata nista yang merendahkan martabat dalam berbagai rupa dan bentuk tanpa memilih dan memikirkan untuk membantu dan terus membantu bagi memulihkan dan mencari jalan keluar agar masalah dan gejala sosial (khususnya dadah) tidak berterusan . (Lihat tazkirah).

Ø Jasmani yang sakit (rosak). Disebabkan ketagihan atau gian, tidak ada kelancaran perjalanan darah sebabkan kerosakan urat saraf dan memusatkan pemikiran hanya dadah sahaja yang perlu untuk menghilangkan kesakitan.

Ø Rohani yang semakin parah. Disebabkan tidak membudayakan Islam (bagi penganut Islam) dan tidak mengamalkan nilai murni yang menjadi asas dan cara penghidupan termasuk galakkan persekitaran seperti percampuran sesama masyarakat yang rosak, kesan pergaulan tanpa batas, cara berfikir yang tidak menjurus ke arah Islam dan seribu satu macam perkara yang dilarang oleh Islam menjadi budaya hidup masyarakat pada hari ini.

Ø Minda yang telah tercemar. Akibat kerinduan yang mencengkam dan hanya memikirkan dadah dalam segala aspek kehidupan.

 

Rawatan pemulihan Jasmani

Ketagihan dan gian akan hilang dalam masa yang singkat. Untuk tujuan ini penagih akan diberikan minuman air herba yang telah didoakan dan dijampikan dengan ayat-ayat suci Al-Quran untuk membuang toksid dalam badan. Penagih seterusnya akan dimandikan dan akan diurut sekujur tubuh badan untuk melancarkan perjalan darah, melembutkan urat saraf dan membuang angin dalam badan yang menjadi gangguan utama pada mental dan fizikal disamping membetulkan otot-otot yang telah mula rosak akibat penagihan yang berterusan.

 


Rawatan Pemulihan Rohani

Penagih akan dididik dalam hal-hal keagamaan yang berteraskan Iman, Islam dan Ehsan, menunjuk ajar kepada yang dirawat asas-asas fardu Ain seperti:-
- mengenal air untuk bersuci
- mengambil wudu'
- wajib memastikan yang dirawat mesti tahu menunaikan solat seperti mana orang Islam yang lain.

"Telah dikenalpasti bahawa kebanyakan penagih yang dirawat ada yang tidak mengenal dua kalimah syahadah, tidak tahu bersolat dengan baik dan sempurna. Kebanyakannya adalah hanya bersolat secara ikutan, malah ramai yang tidak tahu bersolat, kecuali bagi mereka yang mempunyai asas pendidikan agama."

Kebanyakan yang dirawat apabila telah tahu dan mengenal kaedah menuniakan solat seperti rukun, syarat sah dan batal yang berkaitan dengan Fardu Ain, solat taubat, hajat dan adab-adab doa sebagainya, peningkatan dan kefahaman diperolehi, disamping motivasi dan kaunseling berbentuk keagamaan, peningkatan dan perubahan sikap adalah cukup tinggi.

"Kajian telah menunjukkan bahawa ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu bersembahyang dan ramai yang tahu bersembahayang tetapi tidak bersembahayang."

 

Rawatan Pemulihan Minda

Minda akan terubat dengan adanya pemulihan jasmani dan rohani. Tanpa melalui proses pemulihan jasmani dan kerohanian yang bersistematik, amat sukar untuk memprogram daya ingatan dan cara fikir manusia normal. Minda ...

Tempoh Rawatan

Rawatan dan pemulihan akan dilaksanakan selama 30 hari. Tiga hari pertama penagih akan diberi minuman ubat yang dijampi dengan bacaan Al quran dan diurut untuk memulihkan kecergasan fizikal dan membetulkan urat saraf. Perjalanan darah akan kembali normal dan otot-otot yang bermasalah disebabkan ketagihan akan dapat dipulihkan. Di samping itu kaedah rawatan ini membantu mengatasi rasa ketagihan yang berterusan.

Hari keempat dan seterusnya setelah ketagihan hilang, pelatih masih mengalami ingatan yang kuat terhadap dadah, hati yang tidak tenteram, minda yang bercelaru dan jiwa yang memerlukan bantuan sepenuhnya. Keinginan dan kerinduan masih agak kuat, disebabkan ketagihan telah pun hilang maka hari-hari beikutnya akan diisi dengan tarbiah agama yang termasuk didalamnya motivasi dan kaunseling.

 

Rawatan Pemulihan

Kos rawatan adalah merangkumi :-

. Tempat Tinggal.
. Makan-minum.
. Ubat-ubatan.
. Urutan badan.
. Khidmat tarbiah agama,
. Aktiviti luar .
. Rawatan Doktor (jika perlu)
. Dan yang berkaitan.

 

 

...

 

Hakcipta Terpelihara © Jabat Sufi 2013
Interaksi anda dengan laman ini adalah tertakluk kepada penafian dan polisi yang dinyatakan.