INFO
 

 

Pengkelasan dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut :-
   
Canabinoid - kanabis, ganja dan hashish.
Opiat - morfin, heroin, candu, kokein.
Amalan meminum air daun ketum - tidak dapat dipastikan kesalahan dari segi undang-undang.
Stimulan - syabu, estacy dan kokain.
 
  Seperti yang dinyatakan diatas, ini tidak termasuk di dalamnya amalan menghidu gam, petrol, tinner,
menghidu alat tulis white board marker dan sebagainya. Kesan dari penghiduan ini adalah menyamai
pengambilan bahan-bahan di atas.
 

 


 

Pengambilan dadah dalam bentuk cecair, serbuk atau pepejal, penggunaan dengan cara,

Pemakanan /pembakaran / hisapan / suntikan dan apa juga cara untuk tujuan :

~ Menghilangkan ketagihan ~ menghilangkan kerungsingan ~ penahan tidur ~

untuk tidur ~ penahan sakit ~ berkhayal ~ berseronok ~ penenang fikiran ~ merasa hebat dan berani ~

rangsangan seks ~ suka-suka dan menjadi amalan berterusan.

 

 

Golongan ini pastinya mengalami masalah dan mengundang risiko berpanjangan walaupun di peringkat awalnya untuk tujuan baik atau sebaliknya, sengaja atau tidak, akibatnya bertimpa kerungsingan yang datang, hilangnya ketenteraman jiwa dan seterusnya akan menjadi beban fikiran yang cukup menyiksakan, tidak puas hati, emosi terganggu, rasa ingin memberontak dan seribu satu macam gangguan yang berterusan, kehilangan tumpuan berfikir manusia normal, badan sakit dan bisa-bisa, ngilu di sendi-sendi, wajah tidak berseri, kebersihan diri tidak terurus, suka mencuri, memeras ugut, bijak berkata-kata, menyalahkan orang lain dan lain-lain yang tidak diduga akan berlaku dan akan terus berlaku. Inilah satu daripada tanda-tanda yang dinamakan ketagihan dadah. Bagaimana anda? Keluarga? Jiran? Sahabat? Pekerja anda? Dan mungkin Boss anda dan sesiapa sahaja yang anda kenali...

Islam adalah agama paling sempurna. Islam ada segala-galanya. Yang pasti setiap permasalahan ada jalan keluar untuk penyelesaiannya. Seribu, malah sejuta satu macam masalah yang kian hari kian menghimpit ummah pada ketika ini dan di mana sahaja di dunia ini, hanya Islam sahaja yang mampu mengatasinya. Ini janji Allah yang mengutuskan RasulNya untuk umatnya tidak mengira bangsa, warna kulit dan bahasanya.

Walau apa pun kaedah dicipta dan citarasa kehebatan akal manusia untuk membendungnya, yang pasti akan tetap timbul masalah baru. Apabila masalah ini cuba untuk diatasi, maka akan datanglah masalah lain pula. Mengapa? Akan tetapi, masalah ini akan pasti beransur berkurangan dan akan terus hilang apabila ummah PATUH dan TUNDUK kepada perintah Allah Subhanahu Wa Taala (Qalbi, Qauli dan Fi'li) dan mengikut Sunnah (Perkataan, Perbuatan, Kelakuan Zahiriah dan Batiniah dan apa saja yang berhubungkait dengan Muamalat, Munakahat, Jinayat dan lainnya) untuk urusan duniawi yang bertatasusilakan ke alam ukhrawi yang Allah utuskan kepada Nabi Muhammad S.A.W.

 

 

...

 

Hakcipta Terpelihara © Jabat Sufi 2013
Interaksi anda dengan laman ini adalah tertakluk kepada penafian dan polisi yang dinyatakan.