DARI BILIK PENGETUA

 

Mohamad Ismail Bin Haji Saleh

 

Antara penglibatan dalam menangani penyalahgunaan dadah : -

Sepenuh masa membantu dan merawat penagih dadah di Jabat Sufi.
   
Telah menghadiri Seminar Pengurusan Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (2hb Februari 2001) - Agensi Dadah Kebangsaan.
   
Jawatankuasa Penyelaras Program Penagih/Bekas Penagih Dadah Dalam Komuniti (JKPD) bagi Daerah Kinta, Perak Darul Ridzuan - Perlantikan AJK. (1hb Januari 2002) - Agensi Dadah Kebangsaan.
 
Menerima undangan ceramah yang berkaitan dadah.
   
Motivasi - Persatuan Belia, Pertubuhan-Pertubuhan dan Pelajar Sekolah berkaitan akhlak, gejala sosial dan sebagainya.
   
Membantu menasihati ibu bapa yang kebanyakan mereka menghadapi masalah anak-anak yang ketagihan dadah dan tindakan yang perlu diambil.
   
Membantu Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) Daerah dan Negeri.

 

Tanggungjawab Perawat

Perawat wajib berilmu dan melengkapkan diri dengan ilmu agama yang begitu
luas dalam segala bidang yang mencakupi ibadah tauhid, feqah dan akhlak sebanyak mungkin walaupun mustahil untuk mengetahui segalanya, tanpa ilmu yang tersebut diatas sememangnya amat sukar penagih dipulihkan, wajib mengetahui rawatan khusus jasmani dan rohani. Memahami tingkahlaku penagih yang dirawat dan mengambil kira apakah pendekatan yang perlu dan sesuai terhadap penagih tertentu, dalam masa yang sama tidak mengabaikan pendekatan penagih lain, kerana setiap penagih yang dirawat adalah berbeza pendekatan dan cara rawatan kerohanian (tarbiah).


 

Perubahan pemikiran

Dalam pentarbiahan berkelompok atau secara perseorangan seperti kuliah agama, ceramah, perbincangan ilmiah yang berbentuk motivasi, kaunseling dan sebagainya, perawat akan kerap menyaksikan berbagai kelakuan yang diluar batas kemampuan berfikir perawat sendiri. Penagih yang menerima rawatan sering mengeluarkan kata-kata yang kadangkala cukup untuk menyedarkan perawat yang selama ini menganggap dirinya begitu hebat atas kemampuannya berkata-kata dalam menyampaikan tarbiah, pendidikan agama, motivasi dan kaunseling, lebih-lebih lagi jika hanya bergantung pada fikiran akal semata, tanpa diam, duduk dan berdiri pada setiap masa dan ketika melakukan rawatan bersandarkan keimanan dan syariat yang telah Allah tentukan.

Sejarah telah membuktikan bahawa tutur kata dalam mentarbiah yang terbit dari sifat ketakwaan dan penuh keimanan terhadap Allah dalam merawat penagih dadah adalah berbeza dengan tuturkata yang berlandaskan nafsu yang hanya semata-mata mencari kedudukan dan gah pada nama dan juga wang ringgit, walaupun sememangnya material adalah salah satu dari furu' yang diperlukan dalam rawatan dan pemulihan penagih dadah.

 

Iman Yang Tidak Batal.

Merawat penagih dadah adalah tidak sesusah mana yang dijangkakan, ini telah pun dibuktikan, walhasil bergantung pada komitmen dan kesungguhan pada perawat itu sendiri. Perkara yang amat penting bagi perawat yang merawat penagih dadah mestilah tidak terjerumus dan binasa akidah tauhidnya (Uluhiyyah dan Rububiyyah) atau disebabkan oleh amalan feqahnya seharian.

Contoh tidak beriman/binasa Iman dan huraiannya :


1. Meninggalkan solat ( huraian)
2. Menolak hukum Allah (huraian)
3. Mengamalkan riba' (huraian)
4. Menghina makhluk (huraian)
5. Lain-lain.

 

Amalan Khurafat Dalam Perubatan

Kebanyakan amalan khurafat dikalangan orang Melayu sejak zaman berzaman hingga kehari ini adalah berpunca tidak ada kefahaman akidah yang Qati'e (putus).

 

 

 

...

 

Hakcipta Terpelihara © Jabat Sufi 2013
Interaksi anda dengan laman ini adalah tertakluk kepada penafian dan polisi yang dinyatakan.